enjoy the music


Sunday, May 16, 2010

kisah kasih

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia. First of all, we would like to give a special thanks to all that help us to create and edit this blog. Thanks a lot! :)
Sebenarnya, kami saja je nak buat blog ni, memandangkan kekreatifan idea yang mencurah-curah ke ladang gandum, bagi memenuhkan masa yang sangat berharga walaupun sangat sibuk, dan membuktikan bahawa kami pun boleh buat!

Ramai mulut-mulut yang mengata yang budak-budak 5 Bestari 1 ni berlagak, sombong, dan macam-macam lagi lah. Haaa, betul ke? Chop chopp, don't judge a book by its cover! Judge it through its content. Sebab, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, tak boleh lupa! Eh ehh, lari tajuk. Tettt! Haha.

Ok, budak-budak 5B1 ni friendly dan meriah sebenarnya. Kitaorang tak kan suka-suka kutuk seseorang itu tanpa sebab yang tak munasabah mahupun munasarawak, sebab tu semua remeh-temeh. If you want to know moreee about us, please continue reading this. Jom terjah ragam budak-budak 5B1 ni. Check it out. Layan. Zass! Lets google! :D

Kelas kita orang ni ambil aliran sains tulen. Pakat-pakat nak jadi doktor dan saintis lah ni, tapi takot darah. Heshh, macam mana ni? Haha. Ada jugak yang nak jadi pilot dan engineer disebabkan minat yang mendalam dan setelah mendengar tawaran menarik daripada Cikgu Anni Dzamiah iaitu cikgu Add Math kami yang best tu bahawa Petronas menyediakan gaji yang sangat lumayan. Fuyohh! Mata semua mesti dah macam apa. Hesh, tak senonoh eh pelajar. Sila betulkan niat anda :P
Tapi, ada juga yang nak jadi pakar kaji cuaca/langit walaupun tak ambil subjek Geografi. So, with reference to Abang Raja Shamri's advice, which is "kejayaan itu dicipta oleh manusia biasa yang berusaha secara luar biasa", we'll try our best to get the most excellent results in our SPM examination. Doakan kami berjaya ya!

Kelas kami ni terdiri daripada 37 orang pelajar iaitu : 27 orang Melayu, 3 orang India dan 7 orang Cina. 1 Malaysia, bukan? Guru kelas kami pula berbangsa Cina iaitu Pn. Chong Lai Ying. Ketua tingkatan pula siapa yang tak kenal kan? Yang hot stuff tu, Afidah atau lebih dikenali sebagai Pe'ah yang kalau cakap tak henti-henti. Tunggu kalau sakit baru kurang dengar suara dia. Hehe :P Dibantu pula oleh penolong ketua tingkatan iaitu Arif. Mesti ada cikgu yang tanya, kenapa ketua perempuan? Dan kami akan jawab, Pe'ah memang boleh diharap sebab lelaki tak berapa rajin. Haha :P

Matlamat kami tersangatlah besar. Bak kata iklan meggi, 'besar punya!'. Hehe. Kami nak sangat dapat 9A+ ramai-ramai. Tahun depan boleh datang sekolah ramai-ramai, naik pentas ramai-ramai untuk ambil result yang gempak ramai-ramai! Menara gading menjadi destinasi idaman dan kami harap sangat impian kami akan menjadi kenyataan. Kami tak mintak lebih-lebih, cuma kami inginkan iringan doa dan kata-kata semangat seperti mana yang diberikan oleh cikgu Hanita tanpa jemu. Harapan kami agar pelajar-pelajar SMKSR khususnya pelajar 5 Bestari 1 mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Bermula di sini lah kenangan kami bertaut dan kasih kami tersimpul bak ikatan reef knot. Doa kami agar persahabatan ini kekal hingga ke hujung nyawa. Insya Allah :)

Takutnya apabila dihitung hari yang tinggal untuk menduduki peperiksaan SPM dan sedihnya apabila memikirkan yang kami akan meninggalkan sekolah yang membentuk kami menjadi manusia yang hebat, meninggalkan guru-guru yang tanpa jemu mengajar dan mencurahkan ilmu kepada kami dan meninggalkan rakan-rakan seperjuangan yang mencipta banyak kenangan demi mencari dan menggapai masa depan kami di luar sana.

Tuntasnya, kalau nak berjaya, kena ada matlamat. Usaha lebih, result pasti marvellous! Kita-kita?? Renung-renungkan, dan selamat beramal! :)

*Ingat dan semat dalam hati bahawa : kejayaan hari esok bermula dengan usaha hari ini!


JOM ZOOM IN 5 BESTARI 1!


Selamat Datang! :)

kelas lama di blok E

dan sekarang berpindah ke blok baru! meja baru, kerusi baru, semua pun baru :D

orang terpenting dalam kelas

jadual waktu pun baru

tempat duduk je sama

sila bertugas ye rakan-rakan!

juara bertahan :)

membaca jambatan ilmu :)




RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN










Search This Blog